Lelaki, Jawab Soalan Ni: Adakah Anda Nak Terima Gadis Yang Terlanjur Untuk Dijadikan Isteri?
Antara bloggers yg bagi pendapat bernas kat entri diorang adalah:
1) Atok (pandangan bernas yg membela hati wanita)
2) Cik Kangkung (kesan terlanjur terhadap anak)
3) Acitspace (everybody deserve second chance)
4) Tricuspid Valve (merekomen gadis terlanjur kat lelaki yg vote "ya")
Cakap pasal voting, stakat ni resultnya, majoriti lelaki pilih TAKKAN TERIMA perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Dan pilihan ni semakin naik dari semasa ke semasa..
Err, tak lupa jugak banyak komen tak puas hati drpd perempuan yg dok tanya, "Kalau lelaki pulak yang terlanjur macam mana, jawab2"..
Ye, ye nak jawab la ni. Sabar2. Teruskan membaca yek. Hehe..
Owh, sebelum tu. Play dulu lagu ni utk datangkan mood cinta korang:
Firstly korang kena tau perbezaan antara lelaki terlanjur dgn perempuan terlanjur. Perbezaan yg paling ketara adalah:
* Perempuan terlanjur boleh dikesan jika dia dah tiada dara.
* Lelaki tak boleh kesan dia masih teruna atau tidak.
(perubatan sekarang boleh check ke tak, tak pasti)
Ada yg kata, "kalau perempuan dah mengaku maksudnya dia ikhlas, betul2 insaf. Bukan senang perempuan nak bukak aib sendiri. Padahal kalau dia taknak bagitau pon boleh je kan. So, lelaki patutnya kena la terima perempuan tu seadanya"..
Hmm, sebenarnya ada kesilapan kat situ. Macam aku kata tadi, perbezaan ketara lelaki dgn perempuan terlanjur adalah dara perempuan boleh detect on the spot masa malam pertama perkahwinan..
Maksudnya, lambat laun bakal suami dia tetap akan tau dia sebenarnya pernah terlanjur atau tak. Just matter of time. Dan perempuan takda pilihan lain selain MENGAKU awal-awal yg dia pernah terlanjur..
Kalau dara perempuan pon tak boleh detect, aku rasa diorang pon nak senyap sampai mati. Betol tak? Aku tak nafikan ada perempuan yg hilang selaput dara sebab aktif bersukan dan sebagainya. Tapi tu kes minoriti. Lain kira..
Kesimpulannya, dan berdasarkan vote. Memang lebih ramai lelaki takkan terima perempuan terlanjur utk dijadikan isteri. Perempuan kena terima kenyataan ni..
Nasihat aku utk perempuan, jadikan kenyataan ni sbg kekuatan korang utk terus pertahankan kesucian korang sampai bila-bila. Jangan cepat termakan pujuk rayu, janji manis, ayat-ayat cinta yg diucapkan lelaki..
"Lelaki zina utk perempuan zina, dan begitu jugak sebaliknya". Tapi bagi aku, perempuan yg sebenar2 taubat tidak lagi tergolong dlm perempuan zina, dan masih layak dapatkan lelaki yg baik (ingat, kedudukan manusia yg bertaubat lebih tinggi darjatnya di sisi Allah)..
OK, berbalik kepada tajuk entri. Soalan yg sama tp utk perempuan:
Adakah Anda Nak Terima Lelaki yg Terlanjur utk Dijadikan Suami?
Lelaki jawab "Tak Pasti" utk tengok result.
Perempuan vote "Ya" atau "Tidak" sahaja.
p/s: Korang boleh bagi pendapat seperti biasa kat komen bawah ni. Atau join topik diskusi ni melalui entri korang, pastu tinggalkan link kat komen. OK? =)