Aku pernah baca survey kat paper mana tah. Katanya 9/10 pelajar perempuan sebuah IPT menjawab pernah buat hubungan seks. Pergh, banyak giler tu. Rasanya survey tu macam tak betol. Tapi kalau betul macam mana?
Inilah yg kita semua lelaki kena pikir start dari sekarang. Jangan tiba-tiba nak kawen, pasangan korang bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Pastu korang naik gila pulak, sebab tak dpt terima kenyataan tu..
Aku ada kenal sorang kawan. Katanya dah lama bercinta, baru makwe dia bgtau yg sebenarnya dia pernah terlanjur. Hm, standard la tu kan. Dah tau lelaki tu cinta gila-gila kat dia baru la bagitau. Kalau first kenal dah bagitau confirm kena reject punya..
Kalau benda yg sama jadi kat korang camne? Adakah korang nak jadi macam Kasha, Lagenda Budak Setan yg terima Ayu yg pernah terlanjur dgn bekas kekasih dia utk dijadikan isteri atas dasar cinta? Atau korang cari perempuan lain yg masih kuat menjaga kesucian mereka?
Play lagu ni dulu utk dapatkan mood cinta korang. Teruskan membaca dan berfikir..
Hmm, rasanya ramai lelaki yg akan menjawab, "kalau dia dah insaf, aku terima dia seadanya". Betol tu, kalau aku pon akan jawab camtu. Tapi camne pulak kalau aku tanya camni:
1. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak, korang nak terima lagi tak (dengan anak dia sekali)?
2. Kalau dia terlanjur, pastu dia gugurkan kandungan dia sbb taknak orang tau. Korang terima lagi tak?
3. Kalau dia terlanjur sampai lahirkan anak. Pastu dia buang anak dia. Korang terima lagi?
Kalau rajin korang jawab la 3 soalan advanced tu sekali ye. Tapi yg aku paling nak tau, kalau gadis tu pernah terlanjur, korang terima dia utk dijadikan isteri atau tidak?
Perempuan undi "Tak Pasti" utk tengok result.
Lelaki jawab "Ya" atau "Tidak" sahaja.