Search This Blog
Saturday, May 8, 2010
Malaikat Syurgaku..Ibu
Dia yang dulu berbagi nafas denganku..
sampai sekarang tetap begitu..
Dia yang dulu berbagi raga denganku..
sampai sekarang kita menyatu..
Dia yang dulu berbagi lelah denganku..
ketika ini dia tak mahu..
Dia yang dulu berbagi nyawa denganku..
ketika ini dia tak ragu..
Tiada yang seteduh laku pandangmu..
membuatku tahu ada yang mereka sebut nirwana..
hingga aku tak takut melangkah di dunia..
Ku dengar saatku tertidur..
namaku kau sebut berulang kali hingga jatuh air matamu..
ku yakin kau berbincang dengan penciptamu..
sekali lagi ku yakin itu doa..
doa tulusmu padaku..
Maaf aku hanya diam membatu..
tak banyak membantu dalam hidupmu..
malah nyenyak menyandarkan bahu..
tanpa tahu bagaimana kau selalu bersenandung lagu tidur untukku..
kerana ku terlelap terlalu cepat..
hingga tersenyum pun tak sempat..
Kini..
aku bukan seseorang yang pantas merengek lagi..
tidak seperti dulu aku yang tak mahu tahu..
dirimu..
dirimu menangis saat rengekan pertamaku di dunia kau dengar..
tangis bahagia..
entah rengekan ku beberapa hari lalu..
tak sampai hati jika kau kini sendu..
Sedang aku hanya orang tak tahu malu..
malu akan sesuatu yang tulus..
mungkin selama ini..
aku diam..
kerana memang tak ada kata yang sepadan untuk mu..
dirimu..
dirimu..
adalah superior!!!
kerana perasaanmu seindah bahasa..
tak kenal usia..
di atas semuanya..
aku hanya ingin berucap..
“terima kasih”
untuk ibuku..
malaikat yang nyata bagiku.
Ku tulis puisi ini khas buat ibuku, Zailina binti Sapian dan buat ibu-ibu didunia ini. Selamat Hari Ibu!!
Aku sayang mama!!