Search This Blog

Wednesday, March 31, 2010

APA NAK JADI PASUKAN BOLA SEPAK JOHOR FA?

Terasa mahu menulis pasal bolasepak. Untuk tajuk bolasepak kali ini, saya mahu menulis tajuk di atas.

Dalam Liga Super yang berlangsung sejak 9 Januari lalu, pasukan Johor adalah pasukan yang berada dalam kategori tercorot dalam 12 pasukan. Amat memalukan setakat 3 perlawanan, ketiga-tiganya berakhir dengan kalah memanjang. Walaupun dapat penajaan sebanyak RM1 juta dan juga dengan pengurusan baru PBNJ (Persatuan Bolasepak Negeri Johor), tetapi nampak gayanya pasukan bolasepak negeri Johor masih lagi tercorot juga.

Rentetan perlawanan sebelum ini : ( kalah kepada Kedah di tempat sendiri 0-3, kalah kepada Kelantan 3-0 dan kalah kepada Perak 0-2 ) mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada pasukan ini. Khabarnya semua pemainnya adalah muka baru, tetapi itu bukanlah alasan kenapa Johor tidak boleh bangkit semula. Sudah hampir 19 tahun pasukan bolasepak Johor tidak memenangi apa-apa pun kejuaraan dan rakyat Johor sendiri pun macam tidak berminat mahu melihat pasukan Johor beraksi.

Jika diingatkan kembali 19 tahun lepas, Johor memenangi Piala Malaysia dan Liga Perdana pada tahun 1991. Pada masa itu Stadium di Larkin itu penuh, sampai ada yang memanjat pagar belakang semata-mata mahu melihat Johor beraksi. Masa itu Johor ada Abbas Saad, Khalid Shahdan, Nasir Yusoff, Alistair Edward, Ervin Boban (sekadar menulis beberapa nama) yang menampakkan Johor begitu gah pada masa itu.

Tapi apa dah jadi sekarang? Stadium memang sah kosong apabila Johor bermain di tempat sendiri, lagi teruk semasa menggunakan nama Johor Pasir Gudang ( gabungan Johor dengan Pasir Gudang United ). Salah satu kesilapan besar sebenarnya meletakkan nama Pasir Gudang, seolah-olah pasukan kelab yang mewakili negeri.

Apa pun, kita tunggu dan lihat sejauh mana pasukan Johor akan pergi dalam Liga Super ini.

SUBSIDI

Tajuk yang saya hendak tulis ini mungkin panas walaupun tidak sepanas cuaca di tempat saya, tetapi cuba kita fikir, sedikit demi sedikit subsidi ditarik balik atau cuba terus tak ada.. apa akan jadi dengan masyarakat kita sekarang?

Tujuan subsidi diberikan oleh kerajaan ialah untuk mengurangkan bebanan perbelanjaan rakyat terutamanya bahan-bahan yang mahal di pasaran global. Contoh terbaik ialah minyak petrol. Kerajaan bagi subsidi minyak sehingga RM0.70 seliter di mana kalau subsidi minyak ni tidak ada…. harga yang sepatutnya di bayar boleh mencecah sehingga RM3.50 atau lebih seliter dan ini sebenarnya boleh membebankan rakyat yang berpendapatan rendah. Selain minyak petrol, tepung gandum, minyak masak dan gula adalah bahan yang di’subsidi’kan bagi mengurangkan beban rakyat apabila berbelanja.

Tetapi apabila kerajaan menaikkan harga gula setakat RM0.20, ada pula yang tak puas hati dan yang memburukkan keadaan, ada peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga makanan yang berasaskan tepung dan yang menggunakan gula, contohnya harga kuih,kalau seringgit boleh dapat 4 biji.. sekarang pun 4 biji, cuma saiznya jadi lagi kecik… kedekut sangat ataupun seringgit dapat 3 biji je…

Bab naik harga ni kerajaan pun dah jadi pening.. sikap sesetengah rakyat atau pihak kapitalisme yang mengambil kesempatan inilah yang mengundang polemik dan menyusahkan rakyat keseluruhannya.

Kerajaan Malaysia mula nak mencari Modal Ekonomi Baru dan menjadikan Malaysia ke arah negara yang berpendapatan tinggi. Kalau dah berpendapatan tinggi, maka subsidi pun boleh ditarik balik bila-bila masa. Tapi entah bila le rakyat Malaysia ni dapat menjana pendapatan serendah RM1000?

Seperti minyak petrol, semua rakyat menikmati subsidi sama ada yang kaya raya, yang miskin dan tak lupa juga, warga negara asing (Thailand dan Singapura ) yang sememangnya tak layak.. tapi diaorang pergi beli minyak bergelen-gelen. Sampai ada yang sanggup seludup minyak petrol kerana harga di Malaysia antara yang termurah. Cuba kalau harga petrol sekarang RM3.50? Mau seludup?

Kerajaan sepatutnya dah lama mengkaji bagaimana subsidi diberi kepada rakyat yang layak menerimanya. Bukan pada semua orang… Jika tidak, sendiri pun tak ada duit nanti… Tapi kita cuba bayangkan nanti kalau subsidi ni tak ada terus.. pasti rakyat rasa tertindas terutamanya yang miskin, yang kaya pulak ( yang sepatutnya tak boleh dapat subsidi ) menyalak dan berpiket kononnya mereka sepatutnya dapat… yang kaya ni lah sebenarnya menjadi onak dan duri dalam daging masyarakat kita sekarang.. Yang kaya senang hati.. yang miskin makin kurus….
Filecrop.com - search and download Megaupload, Hotfile and Rapidshare